Bengkel Latihan Vokasional PDK Samarahan telah beroperasi pada 2 Febuari 2011 yang menempatkan 20 OKU dari pelbagai jenis kategori ketidaupayaan. Kebanyakan OKU adalah terdiri daripada yang bermasalah pembelajaran di sekitar Samarahan. Bengkel ini memberi peluang kepada OKU yang berkebolehan bekerja dan di beri latihan vokasional. Antara pengisian aktviti di bengkel ini ialah :-
1) Menyediakan rumah pekerja bagi OKU yang dapat berdikari dengan sendiri.
2) PDK Shop - PDK telah menyewa sebuah gerai di Kpg Muara Tuang dan menjual produk-produk dari PDK.
3) PDK Cafe - Membuka sebuah kedai makan.
4) Bengkel - Antara aktiviti yang dilakukan ialah pengeluaran makanan kering (IKS), Bumi hijau (berkebun), Kraftangan.
No comments:
Post a Comment