">

Wednesday, June 25, 2008

LATIHAN HIDUP BERDIKARI


RENUNGI SEJENAK……

Kehadiran Kanak-kanak/ Belia kurang upaya boleh membawa tekanan terhadap ahli keluarga. Ini memerlukan pengorbanan dan kerjasama daripada setiap keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya(OKU). Ibubapa hendaklah memberikan perhatian dan kasih sayang yang sama rata walaupun mereka cenderung untuk menumpukan sedikit masa menyesuaikan diri dengan kehadiran mereka. Ibubapa harus libatkan semua ahli keluarga dalam memberikan latihan pemulihan kepada anak kurang upaya kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan diri dan akan disisih oleh masyarakat.

Pernahkan kita terfikir…. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang mempunyai hati dan perasaan, keinginan serta kebebasan. Apa yang dikhuatirkan mereka juga dijadikan mangsa kepuasan nafsu dan dera oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Melihat senario ini banyak berlaku, adalah menjadi tanggungjawab keluarga sendiri untuk memulakan serta memberitahu kepada masyarakat peranan sebenar keluarga dalam membimbing anak yang dilahirkan kurang upaya.

Justeru itu, atas kesedaran ini kita perlu menjalankan taggungjawab untuk membantu mereka yang sememangnya memerlukan sokongan dan perhatian terutamanya dalam aspek emosi dan mental. Apalah kiranya jika kita dapat mencurahkan KASIH SAYANG , MASA, dan TENAGA untuk mendekati, mengenali dan memahami sekaligus menyayangi mereka bak kata penulis buku Disabled Village People, David Werner “LIHAT PADA APA YANG MAMPU MEREKA BUAT, BUKANNYA LIHAT PADA APA YANG MEREKA TIDAK BOLEH BUAT”

* Harapan dari kami , agar IBUBAPA/KELUARGA itu sendiri dapat membimbing dan meneruskan latihan yang telah dijalankan di rumah bagi menentukan KEJAYAAN ANAK ANDA!!



Pengenalan & Objektif

Latihan hidup berdikari adalah satu latihan untuk OKU yang akan meningkat dewasa dengan memberi latihan kehidupan seharian yang biasa dilakukan oleh manusia. Program ini bukan saja menekankan kepada sistem latihan malahan dapat melatih mereka sikap tolong-menolong antara satu dengan yang lain.Antara objektif utama ialah :

1) Memberi keyakinan kepada ibubapa dan ahli keluarga bahawa anak mereka dapat berdikari walaupun penerimaan mereka agak lambat.

2) Memberi latihan kehidupan seharian seperti memasak mencuci pakaian, mengemas dan lain-lain yang diperlukan.

3) Mendedahkan belia istimewa wanita tentang aspek kebersihan, pengurusan & penjagaan diri.

4) Memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat terhadap usaha-usaha untuk mencegah, memulih dan sama-sama membantu mereka yang kurang upaya serta dapat melahirkan masyarakat prihatin dan penyayang.


Di dalam kehidupan seseorang,
OKU mempunyai peluang untuk menyatakan:-

* Keperluan
* Perasaan
* Pilihan
* Keputusan
* Menikmati kehidupan
Di dalam kehidupan Masyarakat pula, OKU mestilah mempunyai :-

* perhubungan/pergaulan baik dengan orang lain
* Tugas di dalam komuniti


Apakah Halangan OKU Untuk Belajar Berdikari?

1) Ibubapa terlalu mengawal kerana tidak percaya dengan kebolehan anak mereka.

2) Tidak memberi peluang untuk OKU menyatakan perasaan, pilihan, berkomunikasi dengan orang lain kerana terlalu bimbang dan tidak yakin.

3) Kehendak OKU terlalu dituruti (dimanja), apabila sudah meningkat dewasa mereka tidak tahu buat sesuatu perkara dengan sendiri.

4) Ahli keluarga yang tidak mempunyai masa dan tidak peka untuk membimbing mereka kerana menganggap mereka tidak dapat dipulihkan serta rheda mempunyai anak yang telah cacat.

5) Umur OKU yang sudah meningkat dewasa cenderung bermain dengan kanak-kanak kecil. Ini boleh menyebabkan perkembangan mereka lambat untuk berfikir seperti orang dewasa.
6) Sikap malu ibubapa dan ahli keluarga.

7) Ibubapa/keluarga yang terlalu mengharapkan orang lain untuk memberi latihan kepada anak mereka.

Aktiviti Semasa Latihan Hidup Berdikari Dilaksanakan di PDK Samarahan

Sambutan Hari Jadi Pelatih.....


Pelatih dilatih Aktiviti Kehidupan Seharian...Mencuci Pakaian


Aktiviti Keagamaan....



Persediaan Memasak...

No comments: