PDK ADALAH SATU STRATEGI PEMBANGUNAN KOMUNITI YANG MEMBOLEHKAN OKU MENJALANI PROGRAM PENCEGAHAN, PEMBANGUNAN DAN PEMULIHAN SECARA BERSEPADU BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA BERDIKARI DAN DIINTEGRASIKAN DALAM MASYARAKAT
(Terbuka kepada semua jenis kecacatan dan peringkat umur)
1) PENGENALAN
PDK Samarahan telah ditubuhkan pada Mac 1996 dan pada masa kini menempatkan 58 Orang OKU (0-35 tahun) . Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap usaha-usaha untuk mencegah dan memulihkan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka menjadi lebih produktif serta dapat hidup berdikari di dalam stuktur pembangunan yang sedia ada.
PDK juga menekankan penglibatan penuh dari Keluarga OKU, komuniti , Syarikat Swasta, Jabatan Kerajaan dan lain-lain supaya mereka dapat membantu PDK didalam aspek-aspek tertentu bagi membantu OKU menjalani kehidupan seharian dalam memberi sistem latihan, pemulihan dan pembelajaran berdasarkan umur dan perkembangan.
Antara Ojektif penting ialah :-
1.1 Menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya.
1.2 Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
1.3 Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti
1.4 Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti
1.5 Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
1.6 Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU
Pada masa kini PDK Samarahan telah berusia 12 tahun, didalam tempoh tersebut, banyak perubahan yang telah dilakukan memandangkan usia OKU semakin meningkat dewasa. Dahulu PDK hanya menekankan kelas pembelajaran harian dari pukul 9 pagi hingga 11 Pagi. Tetapi pada masa kini pekerja bukan saja menjalankan kelas harian malahan pelatih difokuskan tentang latihan vokasional, kelab OKU kesenian, penjualan produk barangan PDK seperti membuat kerepek, kad, bookmark, barangan kraftangan dan latihan kehidupan kearah berdikari.
2) PERLAKSANAAN PROGRAM PDK
2.1) Peranan Jawatankuasa PDK
Pengurusan dan operasi PDK Samarahan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang program yang dijalankan di PDK dan juga membantu mencari dana supaya pengurusan dapat dilakukan dengan teliti.
2.2) Peranan Pekerja PDK
Latihan pembelajaran OKU dijalankan oleh pekerja-pekerja PDK. Lantikan pekerja ini adalah lebih bersifat kesukarelawan yang menerima elaun setiap bulan. Pekerja PDK bertanggungjawab mengendalikan kelas pembelajaran, menyusulkan program dan aktiviti kepada pihak jawatankuasa dan JKM bagi memastikan segala perancangan dapat dilakukan mengikut jadual. Selain itu, pekerja PDK ditugaskan untuk membuat lawatan ke rumah OKU mengikut kes tertentu yang tidak dapat menafaat pemulihan di pusat PDK.
Pekerja juga diberi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan OKU di dalam keadaan baik dan memberi perkhidmatan yang selesa.
2.3) Peranan Kumpuan Sokongan Ibubapa
PDK sangat mementingkan penglibatan keluarga OKU kerana segala pembelajaran yang dilakukan di pusat dapat diteruskan di rumah. Selain itu keluarga OKU haruslah membantu Jawatankuasa PDK, Pekerja PDK di dalam menjalankan segala program yang dirancang.
3) AKTIVITI & KELAS PEMBELAJARAN YANG DILAKSANAKAN DI PDK
3.1) Kemahiran Motor Kasar ;- Kegiatan yang melibatkan kemahiran pergerakan otot kasar iaitu kaki, tangan – Berjalan, berlari, merangkak, melompat, dll.
3.2) Kemahiran Motor Halus:- Tumpuan kegiatan kepada panca-indera deria dengan penglihatan visinya (vision) untuk menyelaras pergerakan anggotanya seperti apa yang dilihat dan boleh dilakukan.
3.3) Perkembangan Bahasa:- Kebolehan menyatakan sesuatu mengikut bahasa persuratan, percakapan bersyarat supaya dia beroleh kefahaman untuk memahami orang lain.
3.4) Perkembangan Sosial:- Perhubungan Interaksi – kemahiran berinteraksai, bergaul, berkomunikasi secara lisan, bahasa isyarat dan bermasyarakat
3.5) Pengurusan Diri Sendiri:- Satu kegiatan yang dilakukan seseorang setiap hari seperti - makan minum ,Mandi, mencuci gigi, membasuh Latihan ke tandas , dll.
3.6) Pra-Menulis, Membaca, Mengira dan Melukis ;- Memberi pengetahuan dan kemahiran memahami, mengamalkan asas-asas menulis, membaca dan melukis secara bebas dengan sendirinya mengikut panduan abjad dan nombor.
3.7) Kreativiti – Permainan, Rekreasi dll ;- Satu bakat melalui permainan, kemahiran tangan dan muzik.
3.8). Latihan Pra-Vokasional ;- Latihan hidup berikari, konsep penggunaan wang berkebun, membuat karepek, Kraftangan, membuat kad dan lain-lain.
4) PROGRAM DI PDK
4.1) Latihan, Seminar, Bengkel serta perjumpaan dengan ibubapa & Keluarga
4.2 Majlis Ramah-Tamah
4.3) Aktiviti Kemasyarakatan
4.4) Lawatan Ke Luar
4.5) Program rawatan/pemulihan dengan kerjasama KKIA Samarahan
4.6) Program Integrasi
4.7) Early Intervation Program
4.8) Penyediaan Mini Perpustakaan
5) PERKHIDMATAN
5.1) Rundingan dan Bimbingan
5.2) Penilaian tahap perkembangan pelatih-pelatih dengan bantuan dari Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Tenaga Kerja.
5.3) Lawatan ke rumah pelatih OKU
5.4) Pusat Maklumat dan Rujukan
5.5) Pusat Pendaftaran OKU
5.6) Pusat Intervensi Awal
5.7) Menyediakan kemudahan latihan untuk Pekerja PDK baru dan praktikum bagi para pelajar IPTA, “houseman” dari hospital kerajaan
5.8) Menyediakan kemudahan pinjaman alat sokongan (assistive devices) untuk OKU
5.7) PDK ‘One Stop Centre’ :– Mulai 1 Januari 2006 PDK Samarahan
telah terpilih sebagai perintis kepada projek “ONE STOP CENTRE”(Negeri Sarawak) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) bagi memperluaskan lagi program, bukan saja menjalankan kelas pemulihan/pembelajaran OKU tetapi juga berfungsi sebagai pusat;-
i) Pusat Intervensi Awal
ii) Pusat Pendaftaran OKU
iii) Pusat Sumber Maklumat
iv) Pusat Rujukan dan
v) Pusat Advokasi
Perancangan ini membolehkan penyelarasan dan penyediaan perkhidmatan kepada OKU secara bersepadu melalui rangkaian system perkhidmatan yang melibatkan kerajaan berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Tenaga Kerja. Ini kerana pada masa ini taburan pusat PDK yang meluas di peringkat komuniti bagi memudahkan masyarakat untuk mendapat khidmat nasihat, maklumat,khidmat rujukan memohon bantuan dan beroleh pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan dengan OKU.
No comments:
Post a Comment