Persembahan dari pelatih OKU dan sukarelawan...
Sunday, June 29, 2008
HARI TERBUKA DAN JUALAN AMAL PDK SAMARAHAN 2007
Persembahan dari pelatih OKU dan sukarelawan...
Saturday, June 28, 2008
PROGRAM BERSAMA NEGARA LUAR

Thursday, June 26, 2008
AKTIVITI BERGAMBAR PDK SAMARAHAN 2007 - 2008
DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK
DI GUNUNG GADING LUNDU - JUNGLE TRACKING
Aktiviti ini adalah untuk pekerja PDK & belia OKU bagi membina semangat pada diri masing-masing dan menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka dalam aktiviti lasak dan pengurusan diri.
Objektif :-
2) Memberi keyakinan kepada pekerja PDK dan sukarelawan dalam merancang aktiviti bersama OKU supaya mereka lebih mengetahui kekurangan yang harus mereka tangani ketika menjalan aktiviti bersama OKU.
"KAMI JUGA BOLEH".....semangat dari pelatih OKU
Wednesday, June 25, 2008
LATIHAN HIDUP BERDIKARI
RENUNGI SEJENAK……
Kehadiran Kanak-kanak/ Belia kurang upaya boleh membawa tekanan terhadap ahli keluarga. Ini memerlukan pengorbanan dan kerjasama daripada setiap keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya(OKU). Ibubapa hendaklah memberikan perhatian dan kasih sayang yang sama rata walaupun mereka cenderung untuk menumpukan sedikit masa menyesuaikan diri dengan kehadiran mereka. Ibubapa harus libatkan semua ahli keluarga dalam memberikan latihan pemulihan kepada anak kurang upaya kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan diri dan akan disisih oleh masyarakat.
Pernahkan kita terfikir…. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang mempunyai hati dan perasaan, keinginan serta kebebasan. Apa yang dikhuatirkan mereka juga dijadikan mangsa kepuasan nafsu dan dera oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Melihat senario ini banyak berlaku, adalah menjadi tanggungjawab keluarga sendiri untuk memulakan serta memberitahu kepada masyarakat peranan sebenar keluarga dalam membimbing anak yang dilahirkan kurang upaya.
Justeru itu, atas kesedaran ini kita perlu menjalankan taggungjawab untuk membantu mereka yang sememangnya memerlukan sokongan dan perhatian terutamanya dalam aspek emosi dan mental. Apalah kiranya jika kita dapat mencurahkan KASIH SAYANG , MASA, dan TENAGA untuk mendekati, mengenali dan memahami sekaligus menyayangi mereka bak kata penulis buku Disabled Village People, David Werner “LIHAT PADA APA YANG MAMPU MEREKA BUAT, BUKANNYA LIHAT PADA APA YANG MEREKA TIDAK BOLEH BUAT”
* Harapan dari kami , agar IBUBAPA/KELUARGA itu sendiri dapat membimbing dan meneruskan latihan yang telah dijalankan di rumah bagi menentukan KEJAYAAN ANAK ANDA!!
Pengenalan & Objektif
Latihan hidup berdikari adalah satu latihan untuk OKU yang akan meningkat dewasa dengan memberi latihan kehidupan seharian yang biasa dilakukan oleh manusia. Program ini bukan saja menekankan kepada sistem latihan malahan dapat melatih mereka sikap tolong-menolong antara satu dengan yang lain.Antara objektif utama ialah :
1) Memberi keyakinan kepada ibubapa dan ahli keluarga bahawa anak mereka dapat berdikari walaupun penerimaan mereka agak lambat.
2) Memberi latihan kehidupan seharian seperti memasak mencuci pakaian, mengemas dan lain-lain yang diperlukan.
3) Mendedahkan belia istimewa wanita tentang aspek kebersihan, pengurusan & penjagaan diri.
4) Memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat terhadap usaha-usaha untuk mencegah, memulih dan sama-sama membantu mereka yang kurang upaya serta dapat melahirkan masyarakat prihatin dan penyayang.
Di dalam kehidupan seseorang,
OKU mempunyai peluang untuk menyatakan:-
* Keperluan
* Perasaan
* Pilihan
* Keputusan
* Menikmati kehidupan
Di dalam kehidupan Masyarakat pula, OKU mestilah mempunyai :-
* perhubungan/pergaulan baik dengan orang lain
* Tugas di dalam komuniti
Apakah Halangan OKU Untuk Belajar Berdikari?
1) Ibubapa terlalu mengawal kerana tidak percaya dengan kebolehan anak mereka.
2) Tidak memberi peluang untuk OKU menyatakan perasaan, pilihan, berkomunikasi dengan orang lain kerana terlalu bimbang dan tidak yakin.
3) Kehendak OKU terlalu dituruti (dimanja), apabila sudah meningkat dewasa mereka tidak tahu buat sesuatu perkara dengan sendiri.
4) Ahli keluarga yang tidak mempunyai masa dan tidak peka untuk membimbing mereka kerana menganggap mereka tidak dapat dipulihkan serta rheda mempunyai anak yang telah cacat.
5) Umur OKU yang sudah meningkat dewasa cenderung bermain dengan kanak-kanak kecil. Ini boleh menyebabkan perkembangan mereka lambat untuk berfikir seperti orang dewasa.
7) Ibubapa/keluarga yang terlalu mengharapkan orang lain untuk memberi latihan kepada anak mereka.
Aktiviti Semasa Latihan Hidup Berdikari Dilaksanakan di PDK Samarahan
Sambutan Hari Jadi Pelatih.....
Pelatih dilatih Aktiviti Kehidupan Seharian...Mencuci Pakaian
Tuesday, June 24, 2008
PEMULIHAN - CLINIC BASED REHABILITION & PDK OLEH JURUPULIH BAHASA, JURUPULIH PERTUTURAN & JURUPULIH ANGGOTA
kerjasama dari ibubapa OKU memberi pemulihan kepada anak mereka
Pemulihan dari Jurupulih Pertuturan
Monday, June 23, 2008
EARLY INTERVATION PROGRAMME (EIP)
untuk kanak-kanak OKU yang berumur 3-7tahun.
Terapi Permainan "Play Therapy"
1. Difinisi Permainan
Permainan adalah merupakan satu pekerjaan terhadap kanak-kanak yang membawa kepada suatu aktiviti yang mendatangan kepuasan bersamanya dan juga kemahuan untuk mengulanginya.
2. Nilai-nilai teraputik yang harus dipertimbangkan;
- Nilai Motor - Proses perkembangan otot-otot anggota dari motor kasar dan motor halus. cth: memanjat tangga, menolak kereta,baling bola, memasukan manit dan sebagainya.
- Nilai Sensori - Meningkatkan perpepsi dari segi sensori iaitu lihat, dengar, rasa, bau dan sentuh. cth: 'Block, lihat bentuk warna, saiz, bunyi seperti burung-burung, kuching dan sebagainya.
- Nilai Mental - Kombinasi daripada diatas kanak-kanak dapat belajar untuk mengatur, konsentrasi, inovasi, paanning dan urutan. Cth : building block untuk menyelesaikan masalah , rumah istana dan lain-lain.
- Nilai Sosial - Dalam permainan berkumpulan melatih skill sosial bagaimana untuk berhubung, meniru, berkongsi, kerja dan main bersama
- Nilai Emosi - Permainan ini adalah meluahkan perasaan dan belajar untuk bekerjasama dengannya. Cth: bermain hospital, bagaimana untuk mengatasi kena injection dari doktor dan lain-lain.
Nilai motor
Thursday, June 5, 2008
PDK ADALAH SATU STRATEGI PEMBANGUNAN KOMUNITI YANG MEMBOLEHKAN OKU MENJALANI PROGRAM PENCEGAHAN, PEMBANGUNAN DAN PEMULIHAN SECARA BERSEPADU BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA BERDIKARI DAN DIINTEGRASIKAN DALAM MASYARAKAT
(Terbuka kepada semua jenis kecacatan dan peringkat umur)
1) PENGENALAN
PDK Samarahan telah ditubuhkan pada Mac 1996 dan pada masa kini menempatkan 58 Orang OKU (0-35 tahun) . Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap usaha-usaha untuk mencegah dan memulihkan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka menjadi lebih produktif serta dapat hidup berdikari di dalam stuktur pembangunan yang sedia ada.
PDK juga menekankan penglibatan penuh dari Keluarga OKU, komuniti , Syarikat Swasta, Jabatan Kerajaan dan lain-lain supaya mereka dapat membantu PDK didalam aspek-aspek tertentu bagi membantu OKU menjalani kehidupan seharian dalam memberi sistem latihan, pemulihan dan pembelajaran berdasarkan umur dan perkembangan.
Antara Ojektif penting ialah :-
1.1 Menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya.
1.2 Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
1.3 Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti
1.4 Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti
1.5 Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
1.6 Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU
Pada masa kini PDK Samarahan telah berusia 12 tahun, didalam tempoh tersebut, banyak perubahan yang telah dilakukan memandangkan usia OKU semakin meningkat dewasa. Dahulu PDK hanya menekankan kelas pembelajaran harian dari pukul 9 pagi hingga 11 Pagi. Tetapi pada masa kini pekerja bukan saja menjalankan kelas harian malahan pelatih difokuskan tentang latihan vokasional, kelab OKU kesenian, penjualan produk barangan PDK seperti membuat kerepek, kad, bookmark, barangan kraftangan dan latihan kehidupan kearah berdikari.
2) PERLAKSANAAN PROGRAM PDK
2.1) Peranan Jawatankuasa PDK
Pengurusan dan operasi PDK Samarahan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang program yang dijalankan di PDK dan juga membantu mencari dana supaya pengurusan dapat dilakukan dengan teliti.
2.2) Peranan Pekerja PDK
Latihan pembelajaran OKU dijalankan oleh pekerja-pekerja PDK. Lantikan pekerja ini adalah lebih bersifat kesukarelawan yang menerima elaun setiap bulan. Pekerja PDK bertanggungjawab mengendalikan kelas pembelajaran, menyusulkan program dan aktiviti kepada pihak jawatankuasa dan JKM bagi memastikan segala perancangan dapat dilakukan mengikut jadual. Selain itu, pekerja PDK ditugaskan untuk membuat lawatan ke rumah OKU mengikut kes tertentu yang tidak dapat menafaat pemulihan di pusat PDK.
Pekerja juga diberi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan OKU di dalam keadaan baik dan memberi perkhidmatan yang selesa.
2.3) Peranan Kumpuan Sokongan Ibubapa
PDK sangat mementingkan penglibatan keluarga OKU kerana segala pembelajaran yang dilakukan di pusat dapat diteruskan di rumah. Selain itu keluarga OKU haruslah membantu Jawatankuasa PDK, Pekerja PDK di dalam menjalankan segala program yang dirancang.
3) AKTIVITI & KELAS PEMBELAJARAN YANG DILAKSANAKAN DI PDK
3.1) Kemahiran Motor Kasar ;- Kegiatan yang melibatkan kemahiran pergerakan otot kasar iaitu kaki, tangan – Berjalan, berlari, merangkak, melompat, dll.
3.2) Kemahiran Motor Halus:- Tumpuan kegiatan kepada panca-indera deria dengan penglihatan visinya (vision) untuk menyelaras pergerakan anggotanya seperti apa yang dilihat dan boleh dilakukan.
3.3) Perkembangan Bahasa:- Kebolehan menyatakan sesuatu mengikut bahasa persuratan, percakapan bersyarat supaya dia beroleh kefahaman untuk memahami orang lain.
3.4) Perkembangan Sosial:- Perhubungan Interaksi – kemahiran berinteraksai, bergaul, berkomunikasi secara lisan, bahasa isyarat dan bermasyarakat
3.5) Pengurusan Diri Sendiri:- Satu kegiatan yang dilakukan seseorang setiap hari seperti - makan minum ,Mandi, mencuci gigi, membasuh Latihan ke tandas , dll.
3.6) Pra-Menulis, Membaca, Mengira dan Melukis ;- Memberi pengetahuan dan kemahiran memahami, mengamalkan asas-asas menulis, membaca dan melukis secara bebas dengan sendirinya mengikut panduan abjad dan nombor.
3.7) Kreativiti – Permainan, Rekreasi dll ;- Satu bakat melalui permainan, kemahiran tangan dan muzik.
3.8). Latihan Pra-Vokasional ;- Latihan hidup berikari, konsep penggunaan wang berkebun, membuat karepek, Kraftangan, membuat kad dan lain-lain.
4) PROGRAM DI PDK
4.1) Latihan, Seminar, Bengkel serta perjumpaan dengan ibubapa & Keluarga
4.2 Majlis Ramah-Tamah
4.3) Aktiviti Kemasyarakatan
4.4) Lawatan Ke Luar
4.5) Program rawatan/pemulihan dengan kerjasama KKIA Samarahan
4.6) Program Integrasi
4.7) Early Intervation Program
4.8) Penyediaan Mini Perpustakaan
5) PERKHIDMATAN
5.1) Rundingan dan Bimbingan
5.2) Penilaian tahap perkembangan pelatih-pelatih dengan bantuan dari Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Tenaga Kerja.
5.3) Lawatan ke rumah pelatih OKU
5.4) Pusat Maklumat dan Rujukan
5.5) Pusat Pendaftaran OKU
5.6) Pusat Intervensi Awal
5.7) Menyediakan kemudahan latihan untuk Pekerja PDK baru dan praktikum bagi para pelajar IPTA, “houseman” dari hospital kerajaan
5.8) Menyediakan kemudahan pinjaman alat sokongan (assistive devices) untuk OKU
5.7) PDK ‘One Stop Centre’ :– Mulai 1 Januari 2006 PDK Samarahan
telah terpilih sebagai perintis kepada projek “ONE STOP CENTRE”(Negeri Sarawak) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) bagi memperluaskan lagi program, bukan saja menjalankan kelas pemulihan/pembelajaran OKU tetapi juga berfungsi sebagai pusat;-
i) Pusat Intervensi Awal
ii) Pusat Pendaftaran OKU
iii) Pusat Sumber Maklumat
iv) Pusat Rujukan dan
v) Pusat Advokasi
Perancangan ini membolehkan penyelarasan dan penyediaan perkhidmatan kepada OKU secara bersepadu melalui rangkaian system perkhidmatan yang melibatkan kerajaan berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Tenaga Kerja. Ini kerana pada masa ini taburan pusat PDK yang meluas di peringkat komuniti bagi memudahkan masyarakat untuk mendapat khidmat nasihat, maklumat,khidmat rujukan memohon bantuan dan beroleh pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan dengan OKU.





















